Saturday, January 30, 2010

epilog untuk seorang ASRI,,

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi...
...................................................................................
Al-Fatihah buat allahyarham ustaz asri ibrahim ( 1969-2009).

lagu2 rabbani mmg sudah lama ku dengari.. bleh kata aku membesar dgn lagu2 ni.. ustaz asri yg bermula dgn kumpulan nada murni suatu ketika dulu cukup di kenali di khalayak penggemar irama nasyid dan mungkin juga dikenali oleh 1 malaysia..

namun,, perginya seseorang itu pasti tidak akn kembali lg.. terputuslah segala hubungannya dgn dunia ini kecuali tiga perkara, anak soleh yg mendoakn untuknya, ilmu yg bermanfaat dan sedekah jariah..

aku yg sejak dulu menggemari lagu2 rabbani amat berasa sedih ats pemergian ustaz asri.. suaranya,, nadanya,, riak wajahnya,, semuanya menggambarkn keikhlasan hatinya..benarlah kata ustazahku dulu,, jika kita melakukan sesuatu seikhlas hati kita.. sejujur hati kita,, pasti akn ade walau 1 hati pon yg akan terpaut pada kita..

semenjak menyambung pengajian ke USM.. sudah lame aku xmendengar dan mengambil tahu berkenaan rabbani.. aku lebih suke mendengar lagu2 rock, lagu2 tangkap lentoq,, dan sebagainye..

namun.. pd suatu hari, semasa berjalan2 di tapak konvo usm.. aku ternmpk album nasyid rabbani.. ingin sgt aku membelinya.. rindu sungguh aku padanya.. tp aku xbli.. sbb kesempitan duit.. hatiku semacam tidak tenang,, tp aku teruskn kehidupanku seperti biasa,,

esoknya... aku mendapat berita yg mampu meluruhkn jantungku.. ku melihat berita di tv tiga.. ustaz asri telah meninggal dunia,,, ya ALLAH... ntah mcm ne xdpt aku ceritakn perasaan aku ketika itu,, hanya tuhan yg tahu,, Ya ALLAH.. semoga kau tempatkn allahyarham ustaz asri di kalangan orang2 yg bertaqwa.. aku masih rindu padanya,, tp kau telah mengambilnya kerna kau lebih sayang kepadanya.. kini, hanya lagu2 beliau dpt mengubat rindu di hatiku,, lagu2 yg telah ku lupakan suatu ketika dulu.. kini menjadi peneman dalam mencari pedoman kehidupan...

No comments:

Post a Comment