Tuesday, February 2, 2010

kawan vs bukan kawan..

sejak dr zaman persekolahan, aku dh biase dgn lagu2 bertema persahabatan.. lagu2 seperti teman perjuangan selalu dinyanyikan bersama di kala senggang.. seronok menyanyi tp seronok lg apabila berkawan.. kawan yg baik akn selalu disamping dan kwn yg tidak ikhlas akn menjauhkn diri bila kita ditimpa kesusahan..

kata org, musuh jgn dicari.. dan berkawanlah seberapa byk yg mungkin.. tp senangkah mencari seorg kawan yg sebenarnya kawan? kawan di kala susah maupun senang.. ? bolehkah di harap seorg kawan untuk memberi pertolongan di saat kita amat memerlukn bantuannya.. ? ataupun dia.. kawan yg kita sbg anggap kawan itu hanya akn mengecewakn kita?

krisis sering berlaku bilamana kita di dalam kesusahan, teman dan kawan penuh di sekeliling, tetAPi tiada sesiapa yg sudi menolong.. bagai menangguk air yg keruh.. ade juga kwn yg mengambil kesempatan di ats kesusahan kita.. tp hari ni.. saat ni.. bkn itu yg aku nk perkatakan.. aku cuma mahu berkongsi sesuatu..

ini adalah sebuah nukilan yg aku buat untuk kita semua yg mempunyai kwn.. ambillah peringatan klau ade yg baik dari sini..

dari kecil sehingga besar,
beribu insan telah ku kenal,
bermacam perangai dan juga ragam,
setiap insan penuh persoalan...

bagai bunga di dalam taman,
seronok sungguh hidup berteman,
mekar harum sucinya persahabatan,
kekal selamanya andai ada keikhlasan..

tapi kawan boleh jd lawan,
teman juga boleh menghilang,
ade juga yg dh xsudi berkawan,
penuh prasangka..sungguh sukar di faham..

No comments:

Post a Comment