Tuesday, February 16, 2010

klau xnk jgn dibuat begini..

selamat tahun baru cina ku ucapkn kpd semua kwn2 yg menyambutnye.. baru hari ini ku berpeluang menulis kembali setelah sibuk di kampung bercuti bersama keluarga.. hilang jugak rindu kpd keluarga walaupun tempoh mase yg terluang tidaklah lame sebenarnya..

sepanjang di kampung, tidak byk aktiviti yg ku lakukan.. seronoknya duduk melepak di rumah, berbaring di depan televisyen, sambil memamah keropok lekor,, dari dulu smpai skg,, tepat pkul 8 mlm aku kan terpacak di depan tv bersama ayah menonton buletin utama.. sambil ku duduk anak2 buah ku sibuk mengacauku.. pak cik.. nk itu.. buat ini.. buat itu.. haha.. letih.. tp seronok aku melayan telatah mereka..

aku gempar seketika melihat dan mendengar berita ketika itu.. kita manusia semakin kejam.. akal mungkin sudah di kepala lutut bukan lagi di kepala otak.. aku amarah... aku sayu melihat..
seorang bayi dibuang,, malah dibakar... tiada dosa dia kepada ibu bapanya.. tiada sempat dia melihat dunia.. belum sempat agaknya dia merasa mandian bayi.. belum jua rasanya dia merasa nestum dan susu seperti kita dulu.. tapi dia dh merasa betapa panasnya api.. sampai mati.. Astaghfirullah...
ini bayi.... bukan ayam... sedarlah kawan....

Al-fatihah buat si bayi malang... semoga si emak dan si ayah akan menerima hukuman yg setimpal.. semoga mereka bertaubat.. jgn ade lagi bayi2 seperti ini..


............. insafla wahai semua... sedarlah bahawa kita manusia yg berakal.. yg ade jiwa,, ade perasaan..ade belas ihsan,, jgn hilang dalan dunia kebinatangan..

baru2 ini ade dilancarkan kempen no panties at valentine.. inila sebenarnya antara punca2 kpd kemerosotan akhlak seperti ini. budaya hedonisme di kalangan remaja kian lame kian menjadi jadi. dalam kita sedar atau tidak.. minda remaja zaman sekarang menjadi lebih terbuka.. lebih mudah menjerumuskan mereka ke dalam kancah2 liar seperti ini..

namun, apakah langkah untuk mencegahnye?? pergerakan puteri umno ade melancarkan kempen untuk menyeru wanita yg bermasalah seperti ini untuk pergi kpd mereka dan tidak sekali2 membuang bayi mereka.. dan ade juga yg menyarankan wanita2 ini supaya memberi bayi2 mereka kpd pihak suami isteri yg menginginkan anak..

aku menyokong cadangan ini.. cuma aku bimbg langkah ini akn kurang berkesan.. ia hanya akan menyelamatkn segelintir bayi.. tp dlm kes ini kebanyakan wanita yg termengandung akn berasa malu dan takut untuk tampil di khalayak ramai.. akhirnya,, bayi2 akn trus dibuang,, dibunuh,, dibakar,..

jadi,, secara rasionalnya.. mencegah itu lebih baik dari merawat.. jgn di buat bayi klau tidak mahu membelanya.. jgn diturut nafsu yg memang mahu melakukannya.. kembali la ke pangkal jalan...

Wednesday, February 3, 2010

DetiK BErmUla kisah Cinta Dua Insan..



assalamualaikum dn selamat sejahtera.. alhamdulillah umur kita masih panjang smpai ke saat ini untuk kita meneruskan hidup kita.. hidup yg x akan sepi dari segala mehnah dan tribunasi.. semoga kta semua terus tabah dalam berjuang kerna setiap org mempunyai perjuangan masing2..

kalamku pd hari ini berkisar pada tarikh 4 februari.. iaitu hari esok.. menjelang esok, genaplah tiga tahun hubungan ku dengan Nur Hanani.. gadis manis penuh sopan yg ku kenal tiga tahun dlu.. sudah banyak suka duka yg kami lalui sejak detik itu.. kata org, sedangkan lidah lagikan tergigit.. aku ingin memohon segala kemaafan kepada Nur Hanani kerana aku pasti telah byk melukakan hatinya sepanjang tiga tahun perhubungan kami.. terima kasih kerana slalu di sisi ku selama ini.. u r such a beautiful flower in a box.. and the box is my heart.. terima kasih kerana menyerikan hidup dan hati ini..

Namun, aku menulis di sini bukan untuk menjual atau menjaja cerita yg x seberapa ini.. aku hanya ingin dia tau aku masih tetap pada dia.. selalunya tarikh ini kami raikan bersama.. tp kali ini jarak menjadi tembok antara kami.. aku di sini.. bekerja di Klang dan dia pula di sungai petani.. praktikal sbgai guru.. tiada bungkusan hadiah yg ku kirimkan padanya.. tiada sekeping kad yg aku poskan padanya.. maafkan aku.. keterbatasan masa dan faktor tempat menidakkan segalanya.. aku masih baru di bumi klang ini.. masih byk masa ku perlukan untuk adapt di sini..

hanya nukilan di blog ini yg mampu aku utuskan untuk dia,, hanya coretan ini yg dpt ku kirimkan kapadanya... selamat ulang tahun buat kami... buat kali yg ketiga..

dariku di sini... ahmad zulkifli...

Tuesday, February 2, 2010

kawan vs bukan kawan..

sejak dr zaman persekolahan, aku dh biase dgn lagu2 bertema persahabatan.. lagu2 seperti teman perjuangan selalu dinyanyikan bersama di kala senggang.. seronok menyanyi tp seronok lg apabila berkawan.. kawan yg baik akn selalu disamping dan kwn yg tidak ikhlas akn menjauhkn diri bila kita ditimpa kesusahan..

kata org, musuh jgn dicari.. dan berkawanlah seberapa byk yg mungkin.. tp senangkah mencari seorg kawan yg sebenarnya kawan? kawan di kala susah maupun senang.. ? bolehkah di harap seorg kawan untuk memberi pertolongan di saat kita amat memerlukn bantuannya.. ? ataupun dia.. kawan yg kita sbg anggap kawan itu hanya akn mengecewakn kita?

krisis sering berlaku bilamana kita di dalam kesusahan, teman dan kawan penuh di sekeliling, tetAPi tiada sesiapa yg sudi menolong.. bagai menangguk air yg keruh.. ade juga kwn yg mengambil kesempatan di ats kesusahan kita.. tp hari ni.. saat ni.. bkn itu yg aku nk perkatakan.. aku cuma mahu berkongsi sesuatu..

ini adalah sebuah nukilan yg aku buat untuk kita semua yg mempunyai kwn.. ambillah peringatan klau ade yg baik dari sini..

dari kecil sehingga besar,
beribu insan telah ku kenal,
bermacam perangai dan juga ragam,
setiap insan penuh persoalan...

bagai bunga di dalam taman,
seronok sungguh hidup berteman,
mekar harum sucinya persahabatan,
kekal selamanya andai ada keikhlasan..

tapi kawan boleh jd lawan,
teman juga boleh menghilang,
ade juga yg dh xsudi berkawan,
penuh prasangka..sungguh sukar di faham..